Latar belakang dan rakaman Unplugged_(album_Siti_Nurhaliza)

"Ini adalah hadiah saya kepada peminat saya yang sentiasa menyokong kerjaya saya sejak hari pertama. Saya tidak fikir saya akan dapat untuk berada di mana saya hari ini tanpa sokongan padu daripada peminat dan orang-orang di sekeliling saya termasuk keluarga dan media."

—Siti Nurhaliza semasa merakamkan Unplugged[1]

Dalam proses rakaman album ini, semua persembahan utama diambil dari konsert unplugged 2015 selama satu malam pada 7 April 2015. [2][3] Perancangan dan pelaksanaan konsert secara langsung keseluruhan mengambil Siti dan pasukannya kurang daripada tiga minggu. Walaupun keseluruhan proses itu dilakukan pada saat akhir, konsert itu merupakan satu kejayaan. [4] Diadakan di Istana Budaya, semua tiket habis dijual hari sebelum tarikh konsert dan konsert itu dipuji oleh pengkritik terutamanya untuk persembahan vokal Siti. [5] Konsert itu juga menandakan tahun ke-20 beliau dalam industri muzik Malaysia sejak memenangi Bintang HMI pada usia 16 tahun pada 1 April 1995.[5]

Kemasukan trek bonus untuk mengikuti keluaran audio album itu dilakukan selepas konsert. Salah satu trek, "Mikraj Cinta", yang ditulis oleh Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya sebenarnya dipersembahkan secara langsung buat pertama kalinya semasa persembahan beliau untuk "Sirah Rasulullah" pada 3, 4 dan 7 Januari 2015 sempena Maulidur Rasul. [2][6] Diilhamkan daripada peristiwa Israk dan Mikraj, pemain biola dari Asia Barat telah diupah untuk menyediakan bunyi bahasa Arab. [2] Baki dua trek bonus, "Engkau" dan "Menatap dalam Mimpi" telah dihasilkan oleh Aubrey Suwito dengan lirik kedua-dua telah disediakan oleh Ade Govinda dan Rozi Sang Dewi. [7] Menurut Aubrey, beliau mendapat ilham untuk menghasilkan melodi untuk "Menatap dalam Mimpi" apabila melihat sebuah puisi yang telah dimuat naik oleh Rozi dalam akaun Twitter beliau. [8] Beliau menamatkan keseluruhan lagu dalam hanya 20 minit. [8] Dirakam di studio rakaman Aubrey, menurut Siti:"Ia memiliki elemen muzikal yang memerlukan saya mempelbagaikan penggunaan julat vokal saya. Tidak salah kalau saya katakan, ia seperti sebuah lagu muzikal yang sering kita dengar dalam filem-filem Walt Disney."[8]

Untuk versi ITunes bagi album ini, dua trek bonus lebih tambahan telah ditambah, yang pada dasarnya versi akustik "Menatap Dalam Mimpi" dan "Engkau".[9] Menurut Rozi, yang juga pengurus peribadi Siti, kedua-dua tambahan trek adalah "bonus kepada trek bonus".[9]

Rujukan

WikiPedia: Unplugged_(album_Siti_Nurhaliza) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/mesej-mik... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/siti-nurh... http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgenera... http://www.budiey.com/album-unplugged-dato-siti-nu... http://www.budiey.com/siti-nurhaliza-awie-amy-sear... http://www.deezer.com/album/10988946 http://mediahiburan.karangkraf.com/dua-jam-tak-pua... http://www.star2.com/entertainment/music/music-new... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/04/08/siti-n... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/06/07/lagu-c...